Penerokaan dan penggunaan ruang angkasa lepas tidak dapat dielakkan sehingga mengundang kepada permasalahan perundangan tertentu, sekali gus mewujudkan keperluan kepada penubuhan suatu perundangan untuk menangani isu-isu berkaitan.
Penerokaan ruang angkasa lepas oleh manusia dengan kewujudan bidang sains dan teknologi yang semakin maju seiring dengan perkembangan saintifik dan teknikal yang pesat memerlukan kepada suatu keperluan undang-undang yang dapat mengawal kesan dan akibat daripada penemuan dan eksploitasi di dalam perkara-perkara berikut iaitu:
-Kedaulatan sesebuah negara.
-Persempadanan sesebuah negara.
-Kerjasama dalam penggunaan ruang angkasa lepas.
-Penggunaan orbit Bumi.
Prinsip am
Sejak tahun 1957, apabila ruang angkasa lepas mula ditawan oleh satelit buatan manusia yang pertama iaitu Sputnik 1, undang-undang antarabangsa memainkan peranan penting di dalam menjaga perkembangan pesat teknologi ruang angkasa lepas dan mewujudkan satu asas pengetahuan disiplin baru yang dikenali sebagai Undang-undang Angkasa. Undang-undang tersebut adalah satu cabang undang-undang yang merangkumi undang-undang di dalam negara dan juga antarabangsa berkenaan aktiviti-aktiviti angkasa lepas.
Kronologi Pasca Perang-Dingin iaitu semasa era perlumbaan penjelajahan ruang angkasa:
-USSR: Sputnik 1, 1957.
-Yuri Gagarin, 1961.
-USA: Neil Armstrong 1969.
Undang-undang angkasa ditakrifkan sebagai satu set undang-undang antarabangsa dan undang-undang yang mengawal hubungan sesebuah negara dengan satu sama lain dan dengan organisasi antarabangsa dan hubungan rakyat dengan organisasi yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan ruang angkasa lepas.
Pembangunan
Bilakah Fasa Pertama zaman angkasa lepas? Fasa tersebut bermula dengan pelancaran Sputnik 1 pada tahun 1957 dan telah dipercirikan oleh aktiviti-aktiviti penerokaan kuasa-kuasa besar yang bertujuan untuk mencari prestij dan penguasaan di Bumi.
Program-program angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union (ketika itu) adalah berdasarkan kepada premis bahawasanya penerokaan angkasa lepas merupakan satu persaingan yang utama dimana ganjaran utamanya adalah untuk memiliki prestij politik di Bumi.
Dalam tempoh tersebut undang-undang angkasa berpusat di sekeliling topik dan isu-isu undang-undang antarabangsa.
Dipengaruhi oleh konteks politik perang dingin, undang-undang angkasa antarabangsa telah diwujudkan melalui pencarian ke arah konsensus minimum di antara kuasa-kuasa besar dunia dimana keutamaannya bertumpu kepada pengawalan penerokaan angkasa lepas untuk tujuan keamanan.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan penting di dalam pembangunan undang-undang angkasa pada peringkat pertama kalinya ini.
Pada tahun 1958, Perhimpunan Agung PBB (UNGA) telah mewujudkan satu jawatankuasa dinamakan Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS), yang mana Undang-undang Angkasa Antarabangsa akan dibincangkan dan direkodkan. COPUOS telah dibahagikan kepada dua jawatankuasa kecil:
-Jawatankuasa Kecil Undang-undang.
-Jawatankuasa Kecil Sains dan Teknikal.
COPUOS telah menjadi forum utama bagi perbincangan dan perundingan mengenai perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan angkasa lepas.
Susulan daripada program-program yang diwujudkan itu, undang-undang ruang angkasa (iaitu melalui COPUOS ) lima konvensyen/triti angkasa antarabangsa telah dikeluarkan/ diperkenalkan.
Walaupun, tidak meliputi setiap satu isu di dalam undang-undang angkasa lepas, namun ia telah menjadi titik tolak rujukan formal dan yang boleh dipercayai di dalam bidang ini.
Malah, memberikan asas yang baik dan sesuai untuk kemajuan di dalam undang-undang ruang angkasa dan telah menjadi peranan yang amat penting dalam secara teratur dan berskala menerusi pelbagai aktiviti-aktiviti utama ruang angkasa sehingga kini.
Status setiap satu daripada lima konvensyen dan perjanjian di bawah setakat 1 Januari 2009 akan cuba diperjelaskan di sini:
1Perjanjian angkasa lepas
Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, including the Moon and Other Celestial Bodies telah diterima pakai oleh UNGA pada tahun 1966.
Perjanjian ini telah disahkan oleh sembilan puluh sembilan negara dan telah menerima 26 tandatangan.
Menurut perjanjian ini, mana-mana objek yang membawa bahan nuklear atau apa-apa jenis senjata pemusnah besar-besaran ataupun yang seumpama dengannya tidak boleh diletakkan di orbit sekitar Bumi atau yang mengelilingi Bumi.
2Perjanjian menyelamat
'greement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1967.
Ia telah disahkan oleh 90 negara dan ditandatangani oleh 24 negara manakala dua negara telah menerima atau memperakui hak dan tanggungjawabnya.
Ia telah menguatkuasakan kewajipan negara-negara untuk memberikan bantuan dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat dan mengembalikan dengan selamat dan segera angkasawan atau mana-mana objek angkasa lepas.
3Konvensyen liabiliti
Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects telah diterima pakai pada tahun 1971.
Konvensyen ini memastikan mana-mana negara yang telah melancarkan Space Objects bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan akibat daripada aktiviti-aktiviti angkasa oleh negara terbabit.
Dalam erti kata lain, negara tersebut mesti menanggung suatu tanggungjawab antarabangsa ke atas Space Object yang telah dilancarkan ke ruang angkasa di dalam wilayah mereka.
Konvensyen ini telah disahkan oleh 87 negara dan ditandatangani oleh 23 negara manakala tiga negara telah menerima/memperakui hak dan tanggungjawabnya.
4Konvensyen Pendaftaran
Diterima pakai pada tahun 1975, 'Convention on Registration of Objects Launched into Outer Space' memberi tumpuan kepada penubuhan pendaftaran negara dengan negara-negara anggota untuk objek-objek yang dilancarkan ke angkasa lepas.
Dalam erti kata lain, kesemua negara yang melancarkan objek ke angkasa lepas bertanggungjawab untuk memberikan maklumat-maklumat di bawah kepada Setiausaha Agung PBB dengan secepat mungkin:
-Nama Negara pelancaran.
-Satu pereka bentuk yang bersesuaian ke atas objek angkasa atau nombor pendaftaran.
-Tarikh dan wilayah atau lokasi pelancaran.
-Parameter asas orbit termasuk nodal period, kecenderungan orbit, object's apogee dan perigee.
-Fungsi asas objek angkasa.
Konvensyen ini telah mewajibkan negara-negara anggota untuk mengekalkan kuasa dan kawalan ke atas space object ketika mana berada di angkasa lepas. Lima puluh satu buah negara telah mengesahkan konvensyen ini manakala empat negara telah menandatanganinya dan dua yang lain telah menerima/memperakui hak dan tanggungjawabnya.
5Perjanjian Bulan
Moon Treaty adalah perjanjian PBB yang terakhir berkenaan angkasa lepas setakat ini. Agreement Governing the Activities of States on the Moon and Other Celestial Bodies telah diterima pakai pada tahun 1979.
Sejak itu, 13 buah negara telah mengesahkan perjanjian ini manakala hanya empat telah menandatanganinya. Kebebasan penerokaan saintifik di Bulan sebagai 'wilayah' bagi semua manusia dan tiada had kebebasan untuk mengeksploitasi alam semula jadinya.
Pembangunan modal insan
i. Pendidikan didalam undang-undang angkasa akan meningkatkan kesedaran akademik dan orang awam yang akan meningkatkan pemahaman semua bangsa dan entiti mengenai hak orang ramai untuk menggunakan angkasa lepas secara aman.
ii. Ianya juga akan menggalakkan kerjasama serantau ke arah pendidikan Undang-undang Angkasa dan teknologi angkasa lepas dimana ianya amat perlu bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang mapan.
iii. Walau bagaimanapun, pendidikan Undang-undang Angkasa tidak diambil berat oleh kebanyakan negara, usaha-usaha ke arah pengenalan Undang-undang Angkasa secara terperinci.
iv. Adalah amat penting kesemua negara maju serta negara membangun bekerjasama didalam program pendidikan Undang-undang Angkasa di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.
v. Peruntukan pengetahuan berkenaan ruang angkasa di dalam kedua-dua konteks teknologi dan undang-undang akan membolehkan sesebuah negara terbabit memenuhi keperluan negaranya dan negara serantau dan ini akan membolehkan negara yang berkenaan memperolehi cara-cara yang diperlukan bagi pembangunan yang mampan.
Keamanan dan keadilan
i. Keperluan kepada pendidikan bahawasanya ruang angkasa lepas hanya untuk kegunaan keamanan adalah amat perlu diterapkan didalam sistem pendidikan sesebuah negara maju, juga di negara membangun.
ii. Semasa kursus-kursus Undang-undang Angkasa diadakan, hendaklah dianalisiskan bahawa keamanan tanpa keadilan akan membawa kepada konflik dan gangguan kepada integriti politik dan wilayah sesebuah negara serta gangguan antarabangsa yang lainya.
Keselamatan.
i. Penerapan pembelajaran berkenaan undang-undang yang sedia ada ke atas setiap rakyat dan juga penerapan perasaan kasih serta tanggungjawab setiap individu ke atas keselamatan negara adalah satu kaedah yang amat berkesan bagi menangkis sebarang ancaman tentera dan bukan tentera.
ii. Trend berbahaya seperti ini akan menghadkan skop penggunaan angkasa lepas secara aman. Pendidikan harus dilihat sebagai langkah pencegahan terhadap ketidaksamaan dalam konteks keselamatan kolektif.
Artikel Penuh dari: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20131111/st_02/Kepentingan-undang-undang-angkasa#ixzz2m6EGE9iL
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment