Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

5 Nov 2014

TELEFON NOKIA PALING PELIK TAPI SANGAT UNIK YANG PERNAH WUJUD


Jenama NOKIA mungkin bukan lagi menjadi pilihan utama para pengguna untuk mendapatkan smartphone pilihan mereka pada hari ini tapi buat kebanyakan mereka yang membesar pada tahun 90-an dan 2000-an, pastinya tidak akan dapat melupakan betapa berjasanya NOKIA dalam hidup mereka. Ini kerana pada tahun-tahun tersebut, NOKIA sememangnya menjadi rebutan di sana-sini sebagai pengeluar telefon bimbit paling menyerlah dengan pelbagai jenis rekaan dan ketahanan yang menarik perhatian sesiapa sahaja. Ini kerana keberanian NOKIA dalam menghasilkan pelbagai jenis telefon bimbit yang pelik bila dilihat tapi sangat unik sebenarnya.


Ketika itu, smartphones secanggih iPhone, Samsung dan lain-lain yang ada seperti hari ini langsung tidak pernah terbayang akan wujud. Namun telefon bimbit ketika itu tak semua orang mampu pakai. Siapa yang ada tu siap gantung dekat leher lagi penuh rasa bangga! Hahaha!

Selain korang boleh cari housing yang memang bersepah gila macam-macam design dan warna masa tu, lampu di keypad pun boleh ditukar kepada warna yang disukai. Masa zaman tu, casing atau bumper semua ni tak wujud lagi macam hari ini. Apa taknya kalau jatuh sekadar berkecai terpisah dari bahagiannya tapi masih boleh dipasang semula dan kembali kepada asal. Dah macam LEGO ye tak? Kalau housing calar atau pecah, terus beli housing baru dalam RM20 harga pada masa tu.

Biarpun NOKIA kini bukanlah lagi sebuah jenama yang menjadi pilihan orang ramai, berikut Oh! Media mempersembahkan rekaan-rekaan telefon bimbit lama buatan NOKIA yang mempunyai rekaan yang sangat unik dan menjadi kegemaran sesiapa sahaja pada ketika itu dan bukannya sekadar phone yang lebih kurang sahaja rekaannya seperti hari ini, hanya berbentuk petak dengan skrin besar memenuhi ruang.


NOKIA 7600

NOKIA 7370

NOKIA PRISM

NOKIA 8910i

NOKIA 7210

NOKIA 5210

NOKIA 3220

NOKIA 2300

NOKIA 6800

NOKIA 5510

NOKIA 3650

NOKIA 3200

NOKIA 5700

NOKIA 7280

NOKIA 7260

NOKIA 9210i. Ini consider macam tablet/laptop la pada zaman tu

NOKIA N93. Antara phone yang fokus pada rakaman video.

NOKIA X3

NOKIA N-GAGE. Kaki game gerenti akan pakai phone ni pada masa tu. Rekaan sangat menarik tapi bila nak guna untuk call atau jawab call, perlu pegang secara menegak. Rare gila!

NOKIA N-GAGE QD. Ini edisi yang telah ditambah-baik dari edisi N-GAGE sebelumnya. Ini OhMedia pun ada sebiji dulu. Hurm, menyesal jual!

NOKIA 7710 PDA. Penghujung zaman sebelum kewujudan telefon pintar (smartphones)

NOKIA 7700
Semua di atas yang kami paparkan ini merupakan rekaan phone NOKIA yang sangat unik dan menarik. Banyak lagi sebenarnya phone yang dikeluarkan oleh mereka dan antara yang paling legend dan menjadi 'wajah' NOKIA hingga ke hari ini kerana ketahanan pembuatan phone ketika itu tentulah yang di bawah ini.



The legendary, NOKIA 3310!!

No comments:

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya