Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

30 Dec 2013

ASAL USUL KALENDAR

Asalamualikum


 
Hanya beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014. Tentu sering atau mungkin setiap hari kita menatap kalendar , tetapi pernah kita terfikir bagaimana orang terdahulu mencipta dan membentuk kalendar? Betapa hebatnya mereka.

Kita mulakan dengan menghayati surah Yunus :Ayat 5:

"Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempatnya (masing-masing/orbit) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semua itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.Allah menjelaskan ayat-ayatNya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah sesuatu yang dijadikanNya).

Di dalam ayat lain pula ada dinyatakan bahawa jumlah bulan dalam setahun adalah 12 bulan. Di dalam sebuah hadis pula ada disebutkan bahawa dalam sebulan ada 29 atau 30 hari.

Para pakar astronomi terdahulu telah menemukan bahawa setiap bulan bumi akan berada bertentangan dengan satu gugusan bintang .Berikut disenaraikan ,bulan /gugusan bintang (menurut terma Arab dan Barat):

1.Januari-Jadi-(Capricon).
2.Februari-Dawl-(Aquarius).
3.Mac-Hut-(Pisces).
4.April-Hamal-(Aries).
5.Mei-Tsaur-(Taurus).
6.Jun-Jauzak- (Gemini).
7.Julai-Saratan-(Cancer).
8.Ogos-Asad-(Leo).
9.September-Sumbulah-(Virgo).
10.Oktober-Mizan-(Libra).
11.November-Aqrab-(Scorpio).
12.Disember-Qaus-(Sagittarius).

Dari asas inilah nama-nama bulan dalam setahun di bentuk berdasarkan 12 gugusan bintang yang kelihatan di langit pada setiap bulan.

Edaran bulan mengelilingi bumi pula dijadikan asas untuk menentukan bilangan hari dalam sebulan (untuk kalendar lunar).Untuk kalendar suria pula tidak begitu jelas bagaimana susunan hari dalam sebulan ditentukan.

Untuk terma sehari pula,kita sedia maklum didasarkan kepada pusingan lengkap putaran bumi iaitu siang dan malam (24 jam/12 jam siang dan 12 jam malam secara purata). Jam juga berkemungkinan dibentuk berdasarkan 2 asas tersebut iaitu 1 hingga 12 iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Begitulah hebatnya ilmu astronomi orang-orang terdahulu yang diwariskan kepada kita untuk kita manfaatkan hingga ke akhir zaman.Wallah walam.

Ikuti artikel akan datang ,dari mana asal usul kalendar dan jenis-jenis kalendar yang digunakan oleh manusia sejagat.

Sumber Rujukan : Tafsir Al Quraan : Prof Dr Hj Mahmud Yunus.






Daripada:
-Mohd Salleh Marzukhi-

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya