Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

8 Nov 2014

10 Diktator Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Ada sebuah pepatah mengatakan “kuasa mutlak akan memusnahkan”. Dari Gulag ke Holocaust mari kita lihat sejarah diktator paling kejam di dunia, seperti yang digarap dari sebuah blog disini.


10. Kim Il-Sung, Korea Utara (1.6 juta kematian)


Banduan di Penjara Gulag dipaksa untuk mengorek kubur mereka sendiri sebelum mereka dihentak dengan tukul. Wanita yang mengandung di kem tahanan pula dipaksa untuk membuat kerja-kerja berat menyebabkan ramai wanita hamil mengalami keguguran.

9. Pol Pot, Kemboja (1.7 juta kematian)


Dalam masa hanya 4 tahun sahaja, Pol Pot telah menyebabkan kematian 1/4 penduduk Kemboja. Beliau mensasarkan para cendekiawan yang dianggap cuba menggugat kuasa beliau serta membunuh mereka yang berkebolehan menutur dua bahasa.

8. Ismail Enver Pasha, Turki (2 juta kematian)


Bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai penduduk Armenia serta kebuluran yang menyebabkan kematian hampir 1.5 juta orang. Penduduk Armenia dipaksa untuk berkawad dalam keadaan bogel merentasi padang pasir sehingga kematian yang berpunca akibat keletihan.

7. Hideki Tojo, Jepun (4 juta kematian)


Jeneral Hideki Tojo yang mengetuai serangan ke atas Pearl Harbour serta pelbagai pembunuhan beramai-ramai orang awam dan juga askar yang tidak bersenjata. Beliau dijatuhkan hukuman bunuh kerana jenayah perang pada tahun 1948 selepas cubaan beliau untuk membunuh diri gagal.

6. Vladimir Lenin, Rusia (4 juta kematian)


Mengarahkan pembunuhan jemaah menteri Rusia serta keluarga di Raja ketika perang saudara tercetus di Rusia. Lenin juga bertanggaungjawab mencetus dan menghasut untuk melaksanakan kempen “The Red Terror” untuk menakutkan pembangkang. Paderi lelaki ditusuk manakala puak pemberontak ditanam hidup-hidup.

5. Chiang Kai-Shek, China & Taiwan (10 juta kematian)


Mengarahkan pembunuhan beramai-ramai di Shanghai pada tahun 1927. Lebih 5,000 berfahaman komunis serta pelajar telah terbunuh. Jeneral Chiang Kai-Shek juga bertanggungjawab keatas kematian 20,000 penduduk Taiwan pada tahun 1947 yang kebanyakkan mangsa adalah golongan intelektual serta pemimpin tempatan.

4. Raja Leopold II Belgium, Congo (13 juta kematian)


Ketika Congo dibawah pemerintahan Belgium iaitu, Raja Leopold II beliau telah membunuh lebih 10 juta penduduk dengan membakar perkampungan serta mendera hamba abdi sehingga mati. Lebih 2 juta orang disembelih dan kepala serta alat sulit mereka dipertonton di khayalak ramai.

3. Adolf Hitler, Jerman (17-20 juta kematian)


Beliau digelar sebagai diktator yang kejam semasa tercetusnya ‘World War 2′ oleh musuh-musuhnya iaitu pihak Kuasa Berikat (Perancis, Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China). Perluasan kuasa yang dijalankan oleh Hitler telah mengorbankan hampir 2/3 penduduk Yahudi di Eropah.

2. Joseph Stalin, Rusia (40-62 juta kematian)


Ketika dibawah rejim Stalin, 90% sumber makanan dirampas oleh kerajaan menyebabkan 5 juta penduduk mati kebuluran. Kempen “The Great Purge” menyaksikan musuh-musuh Stalin diseksa dikhalayak ramai sebelum dijatuhkan hukuman bunuh.

1. Mao Zedong, China (45-75 juta kematian)



Semasa rejim Mao memerintah China, sesiapa yang dikesan tidak sihat atau terlalu tua tidak akan mendapat bantuan makanan dan dibiarkan kelaparan. Ibu bapa yang anaknya didapati mencuri makanan akan dipaksa untuk menanam anak mereka hidup-hidup.

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya