Selamat menjawab peperiksaan bagi pelajar tingkatan 3 PT3
Tingkatan 6 STPM/STAM
Tingkatan 4 SMRA
Berikut adalah 5 cara 'Last Minute Study'
Assalamualaikum.. “Jangan tunggu hujung-hujung baru nak belajar!”. “Jangan sudy last minute!”. “Study last minute tak paham apa aih!”. “Buat penat ja study last minute, baca nak kena baca der”. “Nak study, kena mula dari awal, and kena selalu ulangkaji, baru senang faham dan ingat.” BETUL! Memang betul pun semua kata-kata dan nasihat kat atas tu. Jika ditanya mana-mana pelajar cemerlang ataupun pakar motivasi, inilah nasihat-nasihat yang patut diamalkan dan dipraktikkan oleh semua pelajar, tak kiralah sekolah rendah, menengah ataupun yang dekat universiti.
Inilah nasihat-nasihat baik yang tak diikuti pun oleh kebanyakan pelajar, termasuklah WS sendiri. Hahaha. Bukannya tak tahu, tapi tak mahu. Jadi, semua disimpan hingga ke saat terakhir, barulah kalut nak baca. Dan, baru-baru ini pun ada pelajar WS tanya “Sir, macam mana nak baca dekat-dekat nak exam ni? Macam tak ingat-ingat ja pun baca.” Jadi, kali ni WS nak share rahsia macam mana nak study kalau dah last minute. Jom layan!!
Output Learning
Apa benda tu? Nak sebut pun susah. Ha, output learning senangnya kita belajar dan dapat maklumat dengan membuat latihan. Banyakkan buat latihan daripada membaca kalau dah last minute. Buat latihan soalan-soalan past year, soalan-soalan topikal dan soalan-soalan latihan. Sebabnya, soalan-soalan akan bertanyakan tentang isi-isi penting dalam sesuatu tajuk atau subjek. Jadi, bila kerap buat latihan, kita dapat mengetahui apa isi-isi penting dalam bab tersebut tanpa perlu menghadap setebal-tebal buku teks. Dan, soalan-soalan jarang bertanyakan isi-isi kurang penting yang mana selalunya pelajar tak dapat bezakan bila membaca buku teks. Habis dikhatamkan semua ayat dan perkataan, buat penat je. Selain itu, dengan membuat latihan, kita dapat menguji kefahaman dan ingatan berkenaan tajuk yang dipelajari.
Baca Kerap, Bukan Baca Lama
Apabila kita membaca dalam tempoh yang lama, ini akan memberi kesan kepada emosi kita. Stress. Boring. Lepas tu, terus tutup buku, main game, online FB. Salah cara tu. Sepatutnya, baca kerap. Adakan sesi membaca yang diselangi dengan waktu rehat/break. Contohnya, baca buku sejam, rehat setengah ja. Sambung pulak sejam, rehat 45 minit. Pecahkan jam membaca anda kepada sesi-sesi kecil supaya otak tidak letih dan lebih segar. Bila otak relaks dan segar, baru senang faham. Waktu rehat bolehlah nak layan anime atau Running Man sat. Barulah tak boring dan stress. Yang penting, disiplin. Kalau behenti setengah jam, jangan lebih, cukup masa sambung balik study! Satu lagi, mula awal. Anda akan dapat banyak sesi membaca jika anda mula lebih awal. Lagi lewat anda mula, lagi kurang waktu anda untuk membaca.
Baca dan Kongsi
Apabila anda selesai membaca, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang anda dah belajar sebentar tadi. Relevannya? “Repetition is mother of learning”. Hukum semulajadi manusia ialah pengulangan membuatkan seseorang itu lebih ingat dan faham. Jadi, kongsi apa yang dah belajar dengan kawan sebilik ke, housemate ke, atau siapa-siapa sahaja di sekeliling anda. Kalau dah semua tak mahu diganggu, share je kt Facebook atau Twitter, ada la yang akan “like” atau komen nanti. Ataupun, kalau ada bela kucing, bolehlah share dengan kucing kesayangan anda tu. Ajar dia formula Matematik, Sejarah, BI. INI SERIUS! Lagi banyak anda berkongsi, lagi cepat anda faham dan ingat.
Baca tips
Bila dah dekat-dekat hujung ni, untuk baca semua memang tak sempat. Jadi, dapatkan tips dan “hints” apa yang perlu dibaca. Tips-tips ini lazimnya boleh diperolehi daripada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang mengajar anda subjek tersebut. Mereka dapat menbantu anda memilih apa yang penting. Mereka selalunya dapat memberitahu apa yang perlu, apa yang tak perlu dibaca, apa yang perlu diingat, apa yang perlu ditinggalkan. Selain, mereka itu boleh berkongsi cara-cara mudah dan selamat untuk senang dapat markah. Mungkin tips-tips ini tak diberitahu dalam kelas, tetapi disimpan untuk mereka-mereka yang “special” yang bersungguh untuk mengetahui apa yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, keraplah berjumpa dengan cikgu dan pensyarah anda untuk mengorek banyak rahsia daripada mereka.
Renggangkan Hubungan
Ha, nak kena clash ke? Bukannya putus hubungan silaturrahim (betul kan ejaan tu, susah sangat aih, haha), tapi renggangkan hubungan dengan dunia Internet, game dan tv seketika. Bukannya apa, Facebook, Twitter, games dan tv sememangnya diakui adalahgangguan terbesar para pelajar untuk belajar. Habis tu, tak boleh langsung la? Boleh tu boleh, tetapi jauhkan laptop, handphone, computer dan tv anda ketika sesi pembelajaran. Bila dah depan mata, pengaruhnya lagi kuat, takut tak tertahan. Bila dah sesekali berhenti rehat belajar, bolehlah jenguk-jenguk sat status FB ke, layan cerita sekejap, lepas itu sambung semula study anda. Ingat, di waktu sesuntuk ini anda memerlukan kepantasanmembaca dan belajar, dan perkara-perkara inilah yang akan melambatkan lagi anda belajar. Anda yang perlu mengawal alat, bukan alat yang mengawal anda. Jika tidak, terimalah hakikat yang anda telah diperalatkan oleh alat-alat tersebut.
No comments:
Post a Comment