Khalid AL Walid Pedang Allah
Assalmualikum
Khalid Ibn Al-Walid "Saifullah" (pedang Allah) tidak akan Syahid :-
Khalid
Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil
lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali
perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya
terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu
perlawanan gusti,maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat
disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.
Khalid tidak pernah
mengenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun sekali.Setiap
peperangan yang dia sertai,baik sebelum dia memeluk Islam dan selepas
dia memeluk Islam,dia tetap juara.
Perang Uhud VS Perang Muktah :
Perang Uhud tercetus daripada kekalahan tentera Quraisy dalam perang
Badar.Pada awal perang ini,Islam kelihatan seakan-akan telah memenangi
peperangan apabila tentera kafir Quraisy berundur.Natijah daripada tidak
menurut perintah Rasulullah supaya tidak turun dari bukit untuk
mengambil harta perang(ghanimah),Islam telah kalah.Khalid yang begitu
cakna dengan perubahan persekitaran,sedar akan tentera Islam telah turun
ke kaki bukit.Mengambil peluang yang ada, Khalid dengan tentera
pimpinannya telah berpatah balik ke Uhud dan menguasai gunung
Uhud.Akhirnya,dia berjaya mengalahkan tentera Islam.
Manakalah
Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam.Perang Muktah
menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin
Harithah,Jaa’far Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah(Kisah 3 Sahabat
yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi
Air).Tentera Rom ketiak itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam
tidak mencecah 10 000 orang pun.Atas persetujuan ramai,Khalid telah
dilantik untuk menggantikan komandan(3 orang di atas) sebelumnya yang
telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi
setapak.Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur,beliau
menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan
akhirnya,dia berjaya menawan Rom.
Dilucutkan Jawatan :
Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai
panglima perang.Perang menentang nabi palsu,Musailamah Al-Kazab pun
diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan
sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan
suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik
menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah
memecat Khalid dari menjadi panglima perang.Tempat Khalid digantikan
dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa
telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan
menyerahkan kepada Abu Ubaidah.
Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad :
Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.
“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam
dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku
turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku
cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau
keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah
tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan
mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari
mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah
lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar
Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.
Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan
yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai
Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”
“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.
“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku
sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak
diterima?”Soal Khalid.
Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu
terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh
syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah
dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”
Kata-kata
sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal
lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan
perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.
Kata Nabi Itu Pasti :
Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari
mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai
oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan
perang,bagaimana Islam akan menang?
Percayalah,apa yang keluar
dari mulut Rasulullah walaupun sekecil-kecil perkara akan jadi
realiti.Mungkin anda tidak kenal dengan Suraqah Bin Malik tapi sekarang
anda akan kenal siapakah Suraqah Bin Malik.
Suraqah Bin Malik
menerima tawaran Abu Jahar untuk membunuh Rasulullah dan Abu Bakar
semasa peristiwa Hijrah. Di suatu tempat,dia telah berjumpa dengan unta
yang ditunggang oleh Rasulullah dan Abu Bakar tetapi dengan tiba-tiba
unta yang ditungganginya duduk.Dia memukul-mukul belakang unta,unta itu
bangun tetapi duduk semula.Kejadian itu berulang-ulang sehingga
Rasulullah datang kepadanya dan menawarkan kebebasan kepadanya dan dia
menerima tawaran tersebut.Lalu Rasulullah membisikkan sesuatu di
telinganya,Abu Bakar lansung tidak tahu apa yang dibisikkan oleh
Rasulullah.
Semasa pemerintahan Saidina Umar,Khalifah telah
menakluk Parsi dan tentera Islam berjaya merampas banyak harta benda
Parsi termasuk istananya.Saidina Umar mengambil pakaian diraja Parsi
yang ditakluk dan memanggil Suraqah,lalu dia memakaikan Suraqah dengan
pakaian tersebut dan mendudukkan Suraqah di atas singgahsana Raja Parsi.
Lantas,Suraqah menangis dengan kuatnya.Umar pelik lalu bertanya adakah
dia tidak suka dipakaikan dengan pakaian Raja Parsi yang sangat mewah
dan duduk di singgahsana yang digilai ramai ini.Suraqah menggeleng
kepala dan mula berkata-kata, “aku menangis bukan kerana aku tidak suka
pakai pakaian ini dan duduk di singgahsana ini,tetapi aku menangis
kerana ini adalah janji Rasulullah kepadaku,tiada siapapun tahu janji
ini melainkan aku dengannya sahaja. Semasa aku memburunya sewaktu
hijrah,dia telah membebaskan ku dan berjanji aku akan memakai pakaian
diraja parsi dan duduk di singgahsana raja parsi.”
Islam Akan Menang :
Dulu,Rasulullah telah menjanjikan kemenangan Islam,Rasulullah telah
menceritakan plot naik jatuhnya Islam dan pada akhirnya Islam akan
menang.Ya,Islam akan menang walau semua manusia tidak memeluknya,walau
semua manusia mengkejinya,walau semua manusia menghinanya.Cuma,apa yang
perlu kita tanya kepada diri kita,apakah kita ini salah satu askar yang
akan memenangkan Islam,adakah kita salah seorang yang menyokong Islam
tatkala Islam menang, adakah kita mampu bangga kepada Rasulullah di
akhirat nanti,”Ya Rasulullah,aku adalah umat mu yang memenangkan agama
Allah tatkala manusia yang lain mengkejinya.”Mampukah kita?Tepuk dada
tanya iman.
No comments:
Post a Comment