Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

7 Feb 2014

3 Tip Membeli Rumah Baru

Satu amalan kewangan yang baik ketika memilih membeli rumah adalah dengan melakukan perkiraan bayaran bulanan rumah dibandingkan dengan gaji anda. Angka yang baik membabitkan bayaran bulanan rumah tidak sepatutnya melebihi 30 peratus daripada gaji bulanan anda.
Ertinya, sekiranya gaji bulanan adalah RM3,000 sebulan, sebaiknya bayaran bulanan rumah kurang daripada RM900 dan tidak lebih. Angka ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada kemampuan anda memiliki sesuatu rumah.
Selain itu, jangan lupa harga rumah yang tinggi pasti memerlukan bayaran pendahuluan rumah yang banyak. Apabila melakukan bayaran pendahuluan rumah pula, jangan sehingga habis segala simpanan anda. Pastikan masih terdapat lebihan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan.



Tip 3: Kos jangka panjang
Pastikan anda memikirkan kos jangka panjang memiliki rumah berkenaan. Sememangnya melakukan bayaran pendahuluan dan mampu membayar bulanan satu langkah pertama. Terdapat lagi kos yang anda perlu fikirkan.
Sebagai contoh, rumah yang besar lazimnya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melengkapi setiap bilik dan penjuru. Mampukah anda membeli segala perabot untuk memenuhinya? Begitu juga pertimbangan rumah yang hebat, apabila tiba masa memperbaiki kerosakan kelak pasti kosnya juga hebat.
Fikirkan juga kos pengangkutan iaitu rumah yang jauh dari tempat kerja akan memakan belanja petrol dan tol yang ting­gi.
Itu belum termasuk kos penyelenggaraan kereta. Begitu juga sekiranya anda berkeluarga, perlu fikir lokasi dan kemudahan untuk menghantar anak ke sekolah yang akan memakan kos tambahan. Bukan itu saja, kos dari segi masa juga perlu diambil kira seperti contoh rakan saya tadi yang membuang banyak masa sehingga 40 minit setiap pagi apabila tersilap membeli rumah.
Membeli rumah baru amat mengujakan dan perlu dipertimbangkan dari pelbagai sudut. Apabila perbelanjaan tinggi, risiko kesilapan membeli juga tinggi dan ini memerlukan anda membuat keputusan penting dalam hidup anda.

Assalamualikum

Membeli rumah salah satu keputusan yang amat besar dalam hidup kita terutama kerana selalunya rumah adalah perbelanjaan kita yang paling besar seumur hidup. Amat mengujakan diri dan juga keluarga apabila mengambil keputusan dan langkah untuk memiliki rumah.

tip 

Tip 1: Selidik secara dalam talian dan nyata (online dan offline)
Oleh kerana perbelanjaan membeli rumah sememangnya besar, justeru masa juga perlu diperbanyakkan dalam menyelidik rumah idaman.
Kini, terdapat pelbagai laman web hartanah dan jual beli rumah yang anda boleh dilayari untuk melakukan penyelidikan. Menariknya, melakukan penyelidikan secara dalam talian tidak memerlukan anda keluar rumah dan mengambil lebih banyak masa untuk memantau rumah dan kawasan mengikut kesesuaian anda.
Namun, bergantung 100 peratus kepada penyelidikan secara dalam talian juga tidak digalakkan. Apabila anda sudah mendapat beberapa idea rumah dan lokasi terbaik untuk anda, anda perlu melawat beberapa tempat dan lakukan penyelidikan di lokasi pula.
Apabila melawat, disarankan juga untuk melawat tempat yang sama pada waktu-waktu yang berbeza untuk mendapat gambaran keseluruhan kawasan perumahan tersebut. Teringat saya seorang rakan yang membeli satu unit kondominium membuat keputusan pembelian dengan hanya sekali saja melawat kawasan terbabit di hujung minggu.
Dia tertarik dengan kawasan kediaman itu yang dikatakan amat sunyi dan menenangkan. Tetapi apabila sudah membeli kondominium berkenaan, tanggapannya salah sama sekali kerana setiap pagi hujung minggu, kesesakan di hadapan kediamannya amat teruk.
Malah sebelum ke tempat kerja, dia terpaksa menempuh kesesakan di kawasan parkir kediamannya sehingga 40 minit sebelum sampai ke jalan utama di hadapan kondominium!
Tip 2: Ukur baju pada badan sendiri

Keputusan membeli rumah perlu mengikut kemampuan anda. Bukan kemahuan anda sekiranya tidak mampu. Ramai orang mahukan rumah besar, hebat, cantik dan kawasan ternama. Namun rumah besar, hebat dan cantik di lokasi ternama pasti tinggi juga harganya.
 
 

No comments:

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya