Asslammalikum
Setiap manusia ada kehidupannya tersendiri, di sebalik tawa dan manisnya muka tersimpan seribu hal yang kita tak ketahui. Ketika berada dalam masalah, siapa yang mahu jadi pendengar masalah ? siapa yang selalu yang ada di sisi ? itulah persoalan yang selalu di lontarkan remaja pada masa kini. Mereka inginkan kebebasan bagaikan burung berterbangan di awan yang tinggi.
Bila melihat remaja melepak sana sini, mulalah ada mulut sumbang katakan " ahh itulah remaja yang tak bermoral ,tak ada wawasan , dan tak ada masa depan".. Mudahnya berkata tanpa meneliti setiap perihal hidup mereka, mengapa mereka jadi seperti itu ?
Untuk mencari jawapan itu ,semalam acik nekad untuk pergi ke ibu kota untuk merasai apa yang di katakan tentang "kebebasan" remaja dan memahami apa yang mereka rasa. Melihat gelagat remaja yang masing-masing mencari cara untuk menjadi tumpuan umum. Nasiblah pergi tidak keseorangan , di temani sahabat rapat juga yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. Pada masa yang sama acik juga mengajak "shark" rakan semasa kerja dahulu untuk di perkenalkan kepada rakan-rakannya. Setelah mereka boleh terima keberadaan kami di situ ,acik beri tanyakan soalan.
Acik : bro boleh tanya beberapa soalan tak ? saje nak minta pendapat
Lelaki A : alamak der berborak kosang tak seronok ler der, apa kata lu belanja wa rokok, baru ada feel.
Acik : Kejap nah ,ambik duit nie nanti bro beli r rokok.
Lelaki A : ok der kejap wa beli rokok dulu.
Beberapa minit kemudian,
Lelaki A : ok der tadi kata nak tanya pendapat, ok tanyalah.
Acik : okey bro, bro baru 17 tahun kiranya still bawah umur, mak ayah tak risau ke ?
Lelaki A : nak hidup der, pandai-pandailah, aku keluar senyap-senyap ler, mereka tu tahu nak membebel dan marah-marah aku aje, tapi mereka tak pernah nak faham aku.
Acik : Yelah maknanya dia sayang kat bro lah tu sebab itu dia marah , that mean dia ambik peduli.
Lelaki A : Ye der aku tahu dia sayang aku, tapi bukan itu caranya, mereka tak pernah faham aku, balik-balik rumah ,dia tension kat kerja, aku kat rumah nie dia lepaskan. Kalau nak cakap dengan dyeorang bukan main susah, kena hal yang penting-penting. Jiwa aku memberontak der, mereka tak pernah faham aku, tak pernah ambil tahu pasal aku.
Azman : Jadi dengan lepak kat sini, dapat release kan tension ?
Lelaki A : Mestilah der, kat sini mereka faham aku, pekara yang remeh temeh pun mereka layan aku. Kat sini we like brothers and sisters.
Acik : Tapi macam mana pun mereka mesti risaukan bro kan
Lelaki A : Tak pernah pun der, mula-mula tu marah ,aku dah besar aku boleh buat keputusan aku sendiri. Mereka pun bukan betul sangat, mak bapak aku dah bercerai, j*ntan tak guna tu ada "pucuk muda" memang lah, abang aku penagih dadah, kakak aku jangan di tanya, dulu hidup aku tak jadi seperti ini, sejak mak bapak aku bercerai , semuanya teruk, mak aku kemurungan dan aku dengan adik-adik aku jadi mangsa keadaan. Tekanan der, orang tahu mengutuk tapi tak pernah nak memahami hidup aku!!
Itulah sedikit sahaja perbualan kami sebenarnya panjang lebar dan pelbagai pekara yang acik tanyakan pada dia. Dia memberi respond yang baik sekali, apa yang acik ingin tekankan adalah pentingnya peranan kekeluargaan. Sebab itulah jika perlu mencari jodoh yang baik, pasangan yang baik dan sesuai dengan kita agar kita dapat membentuk keluarga yang sakinah dan anak-anak yang kualiti. Bukanlah mahu bersikap prajudis , memang jodoh itu rahsia Allah tetapi kita mempunyai ruang dan pilihan untuk memilih corak hidup kita.Sebab itu bentengilah diri dengan agama yang kukuh dan membuat persediaan sebelum berkahwin.
Kes perceraian di Malaysia
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh antara Januari hingga Jun lalu, sebanyak 22,306 kes perceraian direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara.“Daripada 22,306 kes perceraian itu, 22,165 kes merupakan perceraian kalangan pasangan yang beragama Islam.Statistik tahunan pula kata Rohani didapati terus meningkat dari tahun ke tahun.Pada 2012, jumlah kes perceraian adalah sebanyak 47, 779 kes, 43,137 kes (2011) dan 38,000 kes pada 2010. Sumber
Umumnya sedia maklum mengetahui bahawa sekiranya perceraian berlaku dalam sesebuah rumahtangga pastinya kesan di rasai oleh anak-anak. Antara berlakunya masalah sosial di kalangan remaja adalah berpunca dari ketidakstabilan hubungan kekeluargaan.
Jika di bahas terdapat banyak faktor yang menyebabkan perceraian , menurut Datuk Seri Rohani terdapat pelbagai punca kepada kes perceraian dan antara yang paling ketara ialah tiada kesefahaman, tidak bertanggungjawab, curang, campur tangan keluarga mentua juga faktor kahwin muda dan enggan dimadukan suami.Tekanan hidup yang semakin menghimpit masyarakat kini juga dilihat menjadi faktor kepada peningkatan kes penceraian.
Sudah tentu sukar untuk menemui jawapan yang tepat kerana setiap perceraian mempunyai alasan yang tersendiri tapi pada acik ianya perlu di ambil perhatian agar ianya dapat di kurangkan. Mak selalu pesan kepada acik, perkahwinan itu bukan pekara main-main, bukan untuk satu dua hari tetapi mungkin ianya untuk satu jangka panjang. Jangan hal-hal yang kecil kita jadikan isu dan boleh merosakkan rumahtangga.
Paling kesian adalah anak-anak kehidupan mereka terabai, emosi tergangu dan mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan serta anak-anak memberontak. Acik pun masih belum berkahwin, tetapi acik juga menaip ini untuk mengingatkan diri ini agar "menjaga masjid" yang akan di bina.
Anak-anak tidak boleh sepenuhnya menyalahkan ibu bapa dan jangan jadinya sebagai alasan, mereka juga perlu mengambil inisetif diri sendiri untuk mengharungi. Banyak lagi cara yang boleh di lakukan selain dari memberontak, ikut kata hati mati, ikut kata badan binasa , ikutlah kata iman.
Anak-anak tidak boleh sepenuhnya menyalahkan ibu bapa dan jangan jadinya sebagai alasan, mereka juga perlu mengambil inisetif diri sendiri untuk mengharungi. Banyak lagi cara yang boleh di lakukan selain dari memberontak, ikut kata hati mati, ikut kata badan binasa , ikutlah kata iman.
Setiap masalah pastinya ada penyelesaian masalah,carilah jalan bersama dengan penuh kesungguhan ,kerana bukan ia dapat menyelamatkan orang yang kita sayang. Jangan terlalu mencari titik perbezaan dan carilah titik persamaan, mana yang boleh lebih kurang dan boleh di tolak ansur fikir-fikirkanlah. Cakap memang mudah tapi untuk melaksanakan itu terpulang pada individu, acik dah lihat sendiri dengan mata kepala ini keburukan perceraian. Jadi sama-sama kita muhasabah diri.
entri ini bukanlah merangkumi semua kehidupan remaja tetapi segelintir, tetapi lebih kepada pemahaman terhadap remaja dari kesan perceraian ibu bapa.Dan dapatkan kami menasihati mereka sedap upaya dan memberi semangat untuk sambung pelajaran dan mengubah masa depan mereka. Hanya mereka yang mampu mengubah masa depan mereka dengan berusaha. Behenti menyalahkan ibu bapa, persiapkan diri agar nanti kita tak jadi seperti mereka, moga lebih baik.
entri ini bukanlah merangkumi semua kehidupan remaja tetapi segelintir, tetapi lebih kepada pemahaman terhadap remaja dari kesan perceraian ibu bapa.Dan dapatkan kami menasihati mereka sedap upaya dan memberi semangat untuk sambung pelajaran dan mengubah masa depan mereka. Hanya mereka yang mampu mengubah masa depan mereka dengan berusaha. Behenti menyalahkan ibu bapa, persiapkan diri agar nanti kita tak jadi seperti mereka, moga lebih baik.
No comments:
Post a Comment