Salam
Daripda:ShahPaskal
Daripda:ShahPaskal
(NOTA PENULIS : INI MERUPAKAN ARTIKEL SANTAI, SUSULAN DARI ARTIKEL INI AKAN ADA DENGAN LEBIH TERPERINCI BERDASARKAN INSIDEN DARI KEADAAN SEMASA)
1. Emas dan permata sejak zaman tok kaduk lagi sememangnya didarjatkan sebagai kedaulatan seseorang atau institusi seperti perbadanan atau negara.
1. Emas dan permata sejak zaman tok kaduk lagi sememangnya didarjatkan sebagai kedaulatan seseorang atau institusi seperti perbadanan atau negara.
2. Lihatlah bagaimana darjat matawang Amerika Syarikat diturunkan darjatnya beberapa tahun dahulu akibat beberapa kegagalan kerajaannya menunaikan komitmen berkaitan penghantaran emas kepada beberapa pihak.
3. Dengan sifat fisikal yang berat serta susah nak disimpan di dalam kocek atau bagasi, nilaian setara emas diwakili oleh matawang kertas atau yang terbaharunya polimer.
4. Kita malas nak membincangkan hal-hal sejarah matawang ini, bagi yang berminat tanyalah pakcik google atau belilah buku berkaitan numismatic (pengkajian berkaitan wang).
5. Secara umumnya, bolehlah dikatakan wang hanyalah alat penyimpan nilai untuk simpanan atau dagangan yang boleh dikuantitikan.
6. Pemalsuan emas (cagaran rezab) dan duit bukanlah perkara baru dan diyakini bermula sebaik saja benda-benda ini didarjatkan.
7. Nak membiayai aktiviti perang atau rasuah pembelotan, wang inilah juga yang menjadi elemen terpenting diambil kira.
MENARIK WANG..?
8. Sebelum seseorang itu mencemarkan diri dalam menarik duit, selalunya mereka-mereka ini bermula dengan menarik harta karun seperti emas dan permata.
9. Malangnya harta karun ini agak payah kerana banyak sangat halangannya, macam-macam kejadian mistik berlaku tak kala kerja-kerja menarik dibuat.
10.Jadi, bila dah tercungap-cungap, mereka ini beralih angin ke arah menarik duit, lagi pun duit lebih senang kerana ia adalah pengakhiran kepada emas (emas dicairkan lalu menjadi duit tapi nak cairkan nilai emas juga payah).
11.Ada juga yang terus berminat menarik duit dan tak berkeinginan menarik harta karun atas sebab-sebab tertentu.
WUJUD KE DUIT TARIK..?
12.Ada tiga kaedah menarik duit tetapi setiap satunya amat berbeza antara satu dengan lain walaupun secara kasarnya dipanggil menarik duit.
13.Kaedah pertama, dipanggil menurun duit – yang mana dikatakan duit ni duit dari alam satu lagi (alam sebelah).
14.Kaedah kedua, dipanggil menarik duit – menggunakan pengantara jin atau bahasa pasar disebut orang halus dengan duit ni milik orang lain tetapi dipindahkan (dicuri…?) ke tangan pemilik baru.
15.Ketiganya, buat duit – selalunya berkait dengan amalan khurafat dan sihir.
MENURUN DUIT…
16.Menurun duit ni selalunya dilakukan oleh orang yang berkebolehan dengan alam sebelah yang selalu kita panggil orang bunian.
17.Selalunya kena guna barangan berkhadam atau ada penjaga seperti batu-batuan (delima, buntat dan seumpamanya), logam khusus (besi kuning dll), kita suci kita (Al-Quran versi Istambul), keris berdiri, kulit kerbau landau dan macam-macam lagi.
18.Nak cari barang-barang ni pun, dah banyak duit ‘turun’ dari poket tapi ketulinannya belum pasti.
19.Dah dapat barang-barang ni, kena uji dulu dan jika sesuai, dicari pula tukang buat (tukang turun), habis turun lagi duit dari poket…
20.Cukuplah setakat ini, nanti banyak orang yang mengamuk…
MENARIK DUIT…
21.Kaedah ni paling senang, cuma pelihara jin macam pelihara toyol, cuma jinnya mestilah yang cukup ‘power’ untuk pindahkan berguni-guni duit dalam sekelip mata.
22.Selalunya bank-bank yang ada peti tunai induk jadi mangsa tetapi ‘mamat’ yang angkut duit tu tak terakam oleh CCTV dan kehilangan duit tu selalunya tak dapat disiasat.
23.Ada juga objek-objek bantuan yang mempunyai khadam digunakan.
24.Kaki menarik duit ini membuat andaian duit yang ditarik ini duit tak dizakat bagi membersihkan aktivitinya tapi di zaman Rasullullah dulu tak ada pun hal-hal macam ni.
25.Logiknya, masuk kat premis orang tanpa kebenaran pun dah salah, apa lagi menceroboh peti besi tunainya…
MEMBUAT DUIT…
26.Buat duit ni dah sah kerja khurafat dan bersangkut-paut dengan jin-jin jahat.
27.Ramai orang Afrika yang Berjaya buat duit kat negara kita akibat kebodohan kita sendiri.
28.Secara tradisionalnya, macam-macam ritual dilakukan, ada guna dulang antik dan macam-macam.
29.Amat jarang yang dapat, selalunya dapat duit separuh, ‘tak-duit’ separuh, ‘tak-duit’ tu selalunya kertas hangus, daun kering dan macam-macam lagi.
30.Kegagalan mendapat duit yang sempurna selalunya disabitkan dengan ‘kesatuan haati’ para Jemaah yang tak betul.
31.Dalam solat, imamnya betul, betullah.. Makmum yang berjemaah kat belakang tak khusyuk atau apa ke, itu hal dia la tapi buat benda tak betul sebegini, tak betul jugalah hasilnya.
WANG HASIL KEKARAMAHAN SESEORANG….
32.Sememangnya banyak juga terjadi duit yang datang tiba-tiba atas kekeramahan (kekeramatan) seseorang yang warak tetapi harus diingat yang keadaan sebegini terjadi kerana situasi yang mendesak.
33.Direkodkan penjajah Inggeris satu ketika dulu di satu negeri pening kepala kerana not matawangnya menimbun-nimbun dijumpai dan Inggeris mengesyaki berlakunya percetakan wang palsu.
34.Selepas diperiksa, didapati wang berkenaan tulin dan sebenarnya dikatakan wang berkenaan dihasilkan oleh seorang ulamak yang ada karamah.
KESIMPULANNYA…
35.Berhati-hatilah dengan apa juga kaedah mendapatkan duit secara jalan pintas, takut nanti teralih ikhtikad kita.
36.Jika dimasukkan ke bank sekalipun dalam jumlah yang menggerunkan banyaknya, juga menjemput masalah lain seperti AMLA dan sebagainya.
37.Lebih teruk, kena tipu bulat-bulat dengan pendatang Afrika yang sememangnya mahir hal-hal ilmu hitam ini.
38.Hal-hal duit ni pun amat sensitif dalam hubungan antarabangsa kerana kedaulatan negara terbabit juga banyak terletak kat duitnya, selalunya gambar ketua negara atau individu yang dianggap negarawan.
39.Mintak maaf banyak-banyak sebab perinciannya tak boleh diberikan, cukuplah sekadar pengetahuan santai, takut nanti banyak pihak terluka perasaannya..
No comments:
Post a Comment