Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

24 Nov 2013

7 Kualiti Generasi Perubahan Ummah

Daripada Tn Haji ahmad Azam Bapa kepada Ahmad Ammar yang syahid di Turki

Ikuti kisah Ahmad Ammar DISINI.

Tazkirah Tn Haji Ahmad Azam Abd Rahman Ramadan di Surau Al-Mukmin. Menafsirkan Surah Ali Imran ayat 110 dalam konteks misi Tahririy (Pembebasan), misi Tanwiriy (Pencerahan) dan misi Taghyiriy (Perubahan). Jazakallah Sdr. Ameer Ali yang mencatitkan isi Tazkirah 20 minit, seorang ahli Korporat yang Ummatik, Imam dan Bilal di Surau tersebut.




1. Anak-anak mesti ditanam dengan visi ummatik sejak kecil, iaitu keazaman membuat perubahan demi ummah. Ini satu daripada 7 kualiti yg perlu dibentuk pada anak-anak kita untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti khalifah yang sama-sama akan merubah sistem yang ada sekarang yang dikuasai kuffar.

2. Dinamakan dengan nama yg menggambarkan satu cita-cita besar
3. Adab kepada Allah, ibubapa, ulama2, guru2, jiran2 dan lain-lain
4. Menguasai Al-Quran
5. Mendirikan solat dan utk menjadi khalifah, mewajibkan solat tahajjud ke atas dirinya
6. Menguasai ilmu2 kontemporari
7. Menguasai ilmu diplomasi, menguasai paling kurang 4 bahasa (bagi org Melayu Islam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan satu lagi) Anak-anak ini insyaa Allah akan menjadi khalifah di masa hadapan untuk mengeluarkan masyarakat, negara dan dunia daripada neo-imperialism.

Waspada dengan agenda Barat yg memecah belahkan umat Islam melalui:-

a) Membahagi negara-negara Islam kepada 4 kelompok dengan masing-masing diketuai sebuah negara dengan ketenteraan yg kuat utk membendung kebangkitan Islam (kelompok Arab, Turki, Melayu & Indo-Pak) .

b) Membahagi masyarakat Islam kpd 4 kumpulan - konservatif; modernis; sekuralis; dan fundamentalis - supaya mereka penat bertelagah sesama sendiri dan lupa isu global, negara dan masyarakat.

Takeaway tazkirah Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman, malam 21 Ramadhan
Sumber : #  Ameer Ali

Sekian......

No comments:

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya