Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

19 Mar 2014

Siapa lebih jahat? Binatang atau Manusia?


Assalamualaikum mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya nak ajukan soalan ni kepada anda. Siapa yang lebih jahat, binatang atau manusia? Mungkin anda tidak bersetuju dengan pendapat saya ni, tapi pada pendapat saya, manusia di akhir zaman ni lebih dahsyat daripada manusia yang hidup di zaman jahiliah dahulu. Manusia sekarang lebih jahat, ganas dan buas daripada binatang liar di hutan( kalau ada lagi hutan!)

Kenapa saya berpendapat begitu? Saya akan memberikan jawapan saya dan jika anda tak setuju, itu terpulanglah kepada anda sendiri untuk mencari jawapannya.

1. Binatang mengikut law of nature atau hukum alam. Saya suka menonton rancangan National Geographic atau rancangan tentang kehidupan haiwan.

2. Ibu  saya selalu menegur atau melarang saya melihat binatang seperti singa atau haiwan yang sepasukan dengannya selalu membaham mangsanya tanpa belas kasihan.

3. Saya bukan nak tengok cara binatang liar ni membunuh mangsanya tetapi saya suka melihat dunia binatang yang terpaksa mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mereka.

4.  Binatang yang jantan akan melindungi anak. Contohnya seperti penguin dan ikan. Penguin menjaga dan mengeramkan telur sehingga anaknya menetas sementara yang betina pergi ke laut untuk mencari makanan untuk dibawa balik ke sarang.

5. Penguin jantan sanggup menahan kesejukan bila ada ribut salji dan sanggup menunggu pasangannya balik semula ke sarangnya walaupun dalam keadaan kelaparan.

6. Tak ramai manusia yang bernama lelaki yang sanggup menjaga anak atau memberi didikan mereka kerana sibuk dengan urusan kerja. Kerja mendidik anak diserahkan bulat-bulat kepada isteri.

7.  Ramai ibu yang sanggup membuang bayi setelah mengandung di luar nikah. Dah lah buat dosa besar kerana berzina, kemudian bunuh pulak bayi yang dikandungnya.

8.  Binatang walaupun tak ada akal, tapi naluri sebagai ibu tidak pernah diabaikan. Beruang Polar yang betina akan menjaga anaknya selama lebih daripada dua tahun. Dalam waktui tu, beruang tu akan menyusukan anak-anaknya, melindungi mereka daripada beruang jantan yang akan membunuh anak beruang jantan. Cemburulah tu!

9. Beruang betina akan ajar anaknya macam mana nak pecahkan ais dan mencari makanan. Bila si anak dah boleh berdikari, dia akan dibiarkan hidup sendiri. Begitulah cara hidup haiwan. Mereka akan mendidik dan menjaga anak mereka sampai tiba waktu untuk berdikari.

10. Manusia sekarang, anak-anak lari dari rumah atau tak mahu duduk di rumah kerana ibu bapa tak ada masa nak jaga mereka. Bila ibu sibuk bekerja, anak-anak diabaikan. Apa yang mereka buat pun dia tak tahu atau kadang-kadang tak ambil pusing pun hal anak-anak nya.

11. Kalau kita lihat sekumpulan kerbau liar atau pun seladang, kerbau ni ada tugasnya masing-masing. Ada yang mengawal kumpulan dikiri kanan, manakala ketuanya di hadapan. Anak-anak akan dikawal rapi. Begitu juga dengan yang tua dan betinanya. Kalau alpa je, mereka kemungkinan jadi mangsa singa adn harimau. 

12. Adakah manusia pun buat begitu? Lelaki yang melindungi keluarganya sukar di cari, tetapi tang merosakkan keluarga sendiri dah jadi perkara biasa sekarang ni. Kalau haruan makan anak boleh diterima sebab tu dah jadi lumrah alam tapi kalau manusia, boleh ke kita terima?

13. Anak dibuat bini dan didera. Mereka tidak menggunakan akal yang diberikan oleh Allah. Nasib anak tu akan jadi gelap. Bapa macam ni eloknya dihukum kasi sebelum dipenjarakan. Itu baru adil.

14. Kalau anak gajah diapa-apakan oleh manusia, siaplah nanti. Kalau tak rosak satu kampung, bukanlah gajah namanya. Begitulah sayangnya gajah yang mempunyai naluri yang mulia. 

15.  Bukan seperti sesetengah perangai manusia yang sanggup bersubahat dengan perogol anaknya dan membiarkan anaknya mati dibunuh! Manusia jenis apa ni?
 
16. Manusia sanggup buat bisnes manusia dengan menjual mereka untuk nak dapat keuntungan dunia. Binatang tak akan membiarkan anaknya menjadi mangsa, sebaliknya sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan anaknya.

17. Kalau harimau dapat membunuh mangsanya, dia tak lokek. Binatang lain akan dapat tumpang sekaki. Lebihan daging tu dapat dikongsi oleh burung dan haiwan lain.

18. Kalau manusialah, kalau dapat habuan, jarang nak bersedekah. Bila nak duit, mata pun mulalah berapi. Ikut nafsu syaitan. Bila dah dapat susah, baru nak ingat Allah. 

19. Manusia kalau ada duit dan harta, hilang semua kebaikan. Mulalah tamak dan tak ingat mati. Dunia ni dialah yang punya. Kalau dapat habuan, takkan dikongsi dengan orang lain kerana kononnya itu semua usahanya sendiri. 

20. Mungkir janji memang tabiat manusia. Allah telah berfirman yang manusia ni suka lupa diri. Bila dia nak tenggelam kat laut, dia akan berdoa semoga Allah selamatkandirinya. Tapi bila dah sampai di daratan, dia mula lupa diri semula. 

21. Binatang yang sama dengan manusia tu ialah buaya. Binatang ni tak suka kongsi makanannya dengan orang lain. Dia akan lapah dan baham semua makanan yang masuk mulutnya.

22. Burung boleh bekerjasama dan terbang berkawan. Mereka boleh merentasi benua lain untuk pergi ke kawasan yang berbeza khutub.

23. Manusia pula selalunya lokek dan enggan bekerjasama. Mereka lebih mementingkan diri sendiri dan tidak akan memberikan pertlongan kepada orang lain kecuali ada udang disebalik mee. 

24. Susah nak cari orang yang menolong orang lain dengan ikhlas. Budak-budak kecil pun dah pandai minta upah daripada ibu bapa kalau di suruh buat sesuatu kerja rutin di rumah.

25. Kalau orang Islam , ibu bapa disarankan supaya rotanlah anak bila mereka liat nak solat  (tapi janganlah kuat-kuat). Itu dulu. Tapi sekarang, ibu bapa terpaksa menghadapi risiko masuk penjara sebab anak mengadu didera oleh ibu bapa kerana merotan!

26. Bila dah tak de sape nak jaga dan kena duduk dengan orang bukan Islam yang makan benda haram, barulah insaf. Manusia ni memang tak tahu nak bersyukur!

27. Manusia suka memusnahkan habitat binatang tetapi binatang tidak merosakkan habitat manusia kecuali kawasan mereka terancam.

28. Bak kata Dr. Danial, al-Quran sekarang perlu dikaji dan daiamalkan. Bukan hanya untk mengaji sahaja.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Berfikirlah sejenak.

Sekian dari saya. Wassalam.

No comments:

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya