Repost daripada artikel yang ditulis oleh Shah Paskal pada 13 Julai 2012
1. Maaf kerana teramat sibuk, macam-macam saya kena selesaikan, dari masalah percintaan sahabat-sahabat sehinggalah kepada masalah negara, hehehe.
2. Hari ini saya bertemu dengan wakil kerajaan Hamas Palestin, seronok rasanya dapat bertemu dengan para pejuang Hamas yang gigih melawan tentera zionis.
3. Selepas solat Jumaat, saya bergerak ke satu gerai makan, di sana saya sudah melihat sahabat saya, Sniper Gunung (bekas penembak tepat Ranger Malaysia di Somalia) menunggu.
IMAM MAHADI
4. Saya sempat membakar beberapa batang rokok sambil berbual mengenai isu Imam Mahadi yang kena tembak di depan Jabatan Perdana Menteri (JPM), oleh kerana isu tersebut terletak di bawah bidang kuasa polis, kalangan geng-geng askar ini tidaklah mengetahui isu tersebut dengan tepat.
5. Apa pun dari sumber saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM), saya berolehlah sedikit sebanyak isu-isu yang berkaitan dengan Imam Mahadi ini termasuklah yang berkaitan dengan ajaran sesat sehingga membawa kepada tentangan bersenjata terhadap kerajaan Malaysia.
6. Kesesatan dalam beragama ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa golongan, yang jelas macam Syiah dan lain-lain itu adalah kesesatan dari pemikiran dan salah tafsir ayat-ayat Al Quran dan macam-macam lagi, oleh kerana saya bukan seorang yang pakar, saya hanya memberitahu hal secara umum sahaja.
7. Yang diberitahu, Ayah Pin, pemilik kerajaan langit sudah pun terkena “bahana”nya sekarang sakit dan mengalami masalah Parkinson yang agak kritikal.
8. Rasul Melayu (Haji Kahar) pula sudah bertaubat dan menyedari kesilapan-kesilapan yang telah beliau lakukan (sedangkan jelas bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir tetapi Haji Kajar alpa dalam hidupnya dan masih mahu mengaku beliau adalah seorang Rasul).
MENGAPA MALAYSIA DIPILIH
9. Ok kita lupakan isu ajaran sesat ini kerana saya cuma tahu sikit-sikit walaupun sebenarnya diberitahu banyak tapi saya tidak berminat untuk mengulas mengenainya kerana diri saya sendiri pun cuma ada hal-hal yang asas sahaja.
10.Selepas bersembang mengenai beberapa isu yang menyentuh keselamatan negara (tidak patut saya tulis disini), kami pun bergerak ke pejabat wakil kerajaan Hamas yang bertempat di sebuah rumah banglo dua tingkat yang sunyi.
11.”Aikkk, kosong je, tak tulis apa-apa pun, signboard pun takde, tiang bendera pun takde, apa punya sengkeklah Hamas ini,” kata saya dalam hati.
12.Saya dan Sniper Gunung kemudian disambut oleh seorang lagi sahabat kami, Mi yang menjadi orang perantaraan di antara Hamas dan kerajaan Malaysia.
13.Kesian Hamas, sudah menang pilihanraya tetapi tidak diiktiraf dunia barat terutama Zionis, kedutaan Palestin di Kuala Lumpur pula tidak dihuni oleh wakil kerajaan Hamas tetapi masih dipegang oleh kumpulan Fatah yang sudah tersingkir di Palestin.
14.Atas arahan XXXXXXX XXXXX, XXXXXXXXX melalui XXXXXXXXX telah menjalinkan hubungan dengan Hamas, ia bagaimanapun haruslah dXXXXXXXX berasa kecil hati.
15.Maka XXXXXXXXX telah membantu kumpulan Hamas ini seberapa daya yang boleh dan terdaya.
16.Saya kemudian diperkenalkan dengan Muslim Abu Umar, wakil kerajaan Hamas di Malaysia, saya ingat usianya sudah 40an rupa-rupa masih dalam lingkungan 25 tahun dan beliau sudah berkahwin dengan seorang wanita Sarawak serta mampu berbahasa Melayu dengan loghat Kedah.
17.Ketika remaja Malaysia masih lalok dengan dunia hiburan, pemuda Palestin seperti Muslim sudah pun menjadi wakil kerajaan dan pertubuhan sebuah pasukan pejuangan dan tinggal merantau di sebuah negara yang sangat jauh dari tanah pertiwinya sendiri.
18.Beliau kemudian menceritakan kesulitan-kesulitan yang dialami oleh pelarian Palestin di Malaysia.
19.Mana tidaknya, selepas negara mereka dijajah Zionis pada 1948, sebahagian besar dari mereka lari ke Iraq dan kemudian apabila Iraq ditakluk oleh Amerika Syarikat, sekali lagi mereka terpaksa melarikan diri ke Malaysia.
20.”Muslim, mengapa orang-orang Palestin memilih negara saya, Malaysia untuk kamu berlindung, sedangkan ada banyak negara lain seperti Thailand, Filiphina dan juga negara Islam yang besar seperti Indonesia ?,” tanya saya.
21.Beliau kemudian menjawab dalam bahasa Inggeris, “Saudara Shah, sebelum mereka mahu melarikan diri, kami sudah mengkaji negara mana yang akan menerima dan membantu kami. Pemerintah kamu sangat baik, keselamatan diri kami pasti terjamin,” katanya.
22.Malaysia memiliki kestabilan yang sangat dicemburui negara lain, katanya.
23.Beliau memberitahu, Indonesia walaupun mempunyai umat Islam yang sangat besar tetapi keadaan negara itu tidak pernah stabil untuk satu tempoh yang lama, pemerintahnya belum tentu mampu untuk menjamin keselamatan pelarian Palestin.
24.Saya kemudian termenung dan sayu dengan negara saya, kerana itu keamanan di Malaysia perlu dikekalkan dan umat Islam di Malaysia perlu dikuatkan kerana keamanan di Malaysia ini turut dapat membantu menaungi umat Islam lain yang teranianya.
25.Kalau negara kita ini hancur, berlaku pertumpahan darah disebabkan kedangkalan segelintir rakyat yang taksub dan terpesong dalam intepretasinya mengenai negara Islam, macam mana kita nak bekalkan senjata dan dana kepada pejuang Palestin, Moro, Pulo dan macam-macam lagi pertubuhan pejuang Islam di negara luar yang kesemuanya dibuat melalui beberapa “Black Project” yang tidak pernah dinyatakan secara umum kepada rakyat.
26.Bagi saya, dengan keadaan hari ini, belum tiba masa untuk digulingkan kerajaan secara kekerasan kerana majoriti rakyat terutama umat Islam masih mendokong pemerintah yang sah sekarang ini.
27.Jika ada segelintir yang menumpahkan darah dengan alasan untuk menegakkan kononnya sebuah negara Islam, pandai-pandai hanglah jawab di kubur nanti ya, sedangkan majoriti rakyat menolak cara ini.
28.Perkara ini saya terpaksa nyatakan kerana ada segelintir rakyat yang terang-terang berdoa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa nasib macam Kolonel Muammar Gaddafi.
29.Apa punya manusialah yang mendoakan kerosakkan pada orang lain, kalau betullah Najib tu jahat sangat, doalah supaya beliau diberi hidayah atau perkara yang baik-baik.
30.Jadi satu hari jika negara ini ditimpa masalah, ada kaum keluarga anda yang mati, renung-renungkanlah doa yang anda buat sebelum ini.
31.Sebaik-baiknya, tegakkan lah Islam itu dalam diri sendiri atau di rumah dahulu.
32.Rupa-rupanya ada ratusan rakyat Palestin yang dilindungi oleh Malaysia tetapi ramai yang mendapat peluang di negara lain seperti Kanada dan sekarang hanya tinggal 94 orang rakyat Palestin yang mahu menetap di Malaysia kerana sudah jatuh cinta dengan negara ini.
33.Saudara-saudara, mereka ini memerlukan bantuan, mereka pelarian dan tidak ada kad pengenalan Malaysia, jadi agak sukar untuk mereka bekerja.
34.Yang masih kecil, bersekolah di sekolah-sekolah antarabangsa.
35.Menurut Muslim, rakyat Palestin di sini sangat bersyukur kerana kos perubatan Malaysia sangat murah dan hanya dengan bayaran RM1, mereka sudah boleh mendapatkan rawatan di hospital dan klinik milik kerajaan.
36.Yang kasihannya, adalah orang tua yang mendapat sakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.
37.Kami kemudian menghentikan perbualan, perut saya lapar dan Muslim menghidangkan saya dan kawan-kawan yang lain dengan hidangan nasi tradisional Palestin yang dibeli dari sebuah restoran Palestin di sini.
38.Kata Muslim, hidangan istimewa dan mewah seperti hari ini ditempah untuk tetamu istimewa macam saya, perghh, nak tersedak air oren yang saya tuang dalam tekak saya.
39.”Normal day, we eat simple rice with sambal belacan” katanya.
40.Di atas meja makan, dalam bahasa orang puteh yang tungang langang (saya mana pandai cakap orang puteh), kami berbual mengenai isu-isu Palestin dan keadaan pembunuhan beramai-ramai di Syria.
41.Kata Muslim dengan mudah, bangsanya yang berada di seluruh dunia akan terus menjadi pelarian selagi Zionis menduduki tanah-tanah milik umat Islam di Palestin.
42.Selepas mengenyangkan perut, saya kemudian beransur pulang, semasa memandu, membakar beberapa putung rokok jenama murah “league”, saya menyusun strategi untuk membantu pelarian-pelarian Palestin yang berada di Malaysia ini.
43.Beberapa panggilan telefon terhadap rakan-rakan saya yang berada di media perdana dibuat, saya mohon bantuan mereka.
44.Sebagai individu yang bergerak secara “Lone Ranger”, saya cubalah buat apa yang termampu.
NOTA PENULIS : Di sesetengah negara macam Iran, Hamas mempunyai bangunan kedutaan mereka sendiri, Fatah pun ada bangunan kedutaan sendiri.
Di negara lain yang hanya membenarkan satu kedutaan sahaja, kedutaan Hamas membuat penyamaran dan beroperasi melalui PCOM
Untuk bantu pelarian Palestin, sila tawarkan khidmat anda melalui laman www.facebook.com/muslim4islam atau web pcomalaysia.org
No comments:
Post a Comment