Assalamualikum....
Post kali ini akan membincangkan tentang kebangkitan islam di akhir zaman yang mana telah di sabdakan oleh nabi muhammad SAW bahawa akan datang satu kaum dari timur yang akan memimpin kebangkitan untuk kali keduanya/kau dari timur itu adalah nusantara malaysia,brunei dan indonesia 3 negara islam.
SABDA NABI MUHAMMAD SAW:
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
Post kali ini akan membincangkan tentang kebangkitan islam di akhir zaman yang mana telah di sabdakan oleh nabi muhammad SAW bahawa akan datang satu kaum dari timur yang akan memimpin kebangkitan untuk kali keduanya/kau dari timur itu adalah nusantara malaysia,brunei dan indonesia 3 negara islam.
SABDA NABI MUHAMMAD SAW:
Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
Apakah situasi semasa bakal membawa kita kepada satu gelombang baru kebangkitan Ummah
Semua amat maklum bahawa Islam sedang dihimpit dan bakal tewas di tangan manusia rakus yang sedang merencanakan helah belakang tabir sama ada untuk mengekal ataupun merampas kuasa. Situasi getir yang amat memilukan kita semua, Islam telah dimangsakan dengan cara yang tidak sepatutnya.
Perencana yang sekian lama ingin melumpuhkan kekuatan Islam bagi memudahkan laluan mewujudkan Kerajaan Dunia Baru berkiblat kepada satu agama baru menyembah syaitan (lucifer). Itulah sebabnya Illuminati melalui Soros dan NED bersungguh-sungguh membina jalinan rangkaian Islam Liberal dan sanggup mendanai berbillion dollar untuk melumpuhkan kekuatan Ahlis Sunnah wal Jamaah. Melalui Islam Liberal (Islam pada nama) ini akhirnya beransur-ansur menerima semua agama adalah sama taraf termasuk penyembah berhala.
Kekangan terkuat yang menghalang penyebaran Islam Liberal ini hanyalah Malaysia dan Brunei. Ia menjadi sesuatu yang cukup menarik ketika membincangkan isu terkait dengan konspirasi Yahudi dan kaitannya dengan peristiwa akhir zaman. Walaupun Indonesia mempunyai jumlah penganut Islam teramai dan tidak menghadapi tekanan dari kaum pendatang seperti Malaysia, Islam Liberal sudah lama berkembang di sana dan kini sedang galak menghakis pegangan akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Peristiwa malang bagi Indonesia yang sepatutnya menjadi benteng yang lebih kukuh berbanding negara kita Malaysia.
Apakah perancangan Allah terhadap bangsa Melayu ini? Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya. Namun keadaan semasa memang cukup getir, kita umat Islam sedang menghadapi krisis yang terhebat dalam sejarah. Illuminati telah menanam benih perpecahan sejak 100 tahun lampau, namun masih lagi gagal merosakkan perpaduan Ummah. Melalui kepimpinan bangsa sendiri yang dilatih memakai pakaian sekular, lama kelamaan kita telah terhasut untuk meninggalkan tatacara Islam dan mula mengejar kemajuan (duniawi).
Dengan kasih Allah, kita masih lagi mempunyai ulama yang kuat berpegang kepada Islam sejati walaupun terpaksa bertahan penuh sabar dalam diam. Kini atas kehendakNya jua berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Kejadian beberapa peristiawa telah mencetuskan satu gelombang baru yang mahu tidak mahu semua terpaksa menerima kehadirannya.
Kita percaya Allah tidak akan meninggalkan kita sendirian dalam pahit getir menempuh fitnah zaman. Dia tahu masih ada yang setia bermunajat dan berdoa sepanjang malam memohon perlindunganNya, memohon agar bangsa ini diselamatkan walaupun sebahagian besar sedang leka bermain dengan nafsu syahwat.
Sebahagian dari kita yang telah diperangkap oleh jaringan politik mungkin agak resah untuk menerima sesuatu yang baru muncul. Tidak dinafikan akan berlaku kesukaran untuk meninggalkan sesuatu yang telah sekian lama menjadi pakaian selesa. Namun andainya kita dipilih olehNya untuk ikut serta membangunkan ummah ini, nescaya akan mendapat cahaya walaupun sebelum itu ia seorang yang pasik. KehendakNya akan menjadi kenyataan (kun fayakun). Apa yang penting bagi kita ialah keikhlasan mutlak sebagai Muslim dan Mukmin. Nescaya akan mendapat bantuan.
Bagi golongan yang terselamat dari jerat dunia politik ketaksuban (golongan atas pagar - setakat menggunakan saluran politik dalam memilih pemimpin) akan lebih mudah menerima sentuhan gelombang ini dengan syarat ada sedikit rasa kasih pada agama.
Semoga gelombang ini akan terus semarak menghakis fitnah Dajjal yang sekian lama menghantui pemikiran kita semua. Amat diharapkan ia menjadi titik tolak kebangkitan manusia ikhlas berjuang kerana Allah Subhana Wa Taala untuk membuang segala daki sekularisma yang semakin menebal. Kita doakan kejayaan kepimpinan Ulama Mukhlisin ini dan berharap Allah subhana wa Taala melimpahkan rahmat dan pertolongan memudahkan urusan mereka. InsyaAllah.
OUT OFF TOPIC:PERANAN KITA UNTUK UMAT ISLAM DI SYRIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
No comments:
Post a Comment