Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
Denai.my - Catatan kembara seantero dunia

11 Oct 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Sudah Nikah!

Berita paling hangat sekali hari ini hampir semua blog menceritakan tentang pengakuan Aeril Zafriel dan Wawa Zainal yang mereka telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.....



Kata-kata Aeril Zafril

Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang keluarga negeri Selangor. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.
Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.

Dan daripada Wawa Zainal pula:

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo.

Apa-apapun diharap mereka ini bahagia sehingga hujung nyawa..........

No comments:

#SaveGaza

Save Gaza Denaihati

Harimau Malaya